Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya . Mereka yang berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.
Murka Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak diantaranya ialah :
1 – Mengumpat dan memfitnah.
2 – Tidak beristbra’ semasa membuang air kecil.
3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.
4 – berbohong.
5 – Meninggal solat dan meremeh-remehkannya.
6 – Tidak membayar zakat.
7 – Berzina.
8 – Mencuri (pencurian).
9 -Khianat.
10 – mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.
11 – Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)
12 – Tidak membela mereka yang tertindas.
13 – Minum arak.
14 – Melabuhkan pakaian melebihi Mata Kaki (isbal)
15 – Membunuh.
16 – Menghina atau mencaci para sahabat.
17 – Mati semasa melakukan perkara bid’ah.
Ya Allah, Selamatkanlah kami dari azab kubur, amien .
0 komentar:
Posting Komentar